
[BOCOR] : Gambar Sebenar ASUS ROG Phone 2 Muncul Di Media Sosial – Dedah Paparan Hadapan Peranti?
Sedia maklum, ASUS ROG Phone 2 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 23 Julai kelak. Pun begitu, beberapa keping imej didakwa memaparkan gambaran sebenar peranti berkenaan dikatakan tertiris lebih awal.

Imej bocor memperlihatkan rekaan paparan hadapan peranti – tiada sebarang takuk namun kelihatan seakan-akan sama dengan generasi sebelum ini, ASUS ROG Phone. Jika diteliti, kamera selfie diletakkan pada sudut kanan – resolusi masih belum diketahui.
Satu lagi imej bocor mendedahkan ASUS ROG Phone 2 bakal dilengkapi tetapan kadar penyegaran skrin dengan pilihan – 120Hz, 90Hz dan 60Hz. Ia seolah-olah mengiyakan maklumat tertiris sebelum ini – peranti ini dijangka sokong paparan skrin 120Hz.

Pun begitu, imej tersebar masih lagi rumors dan belum dipastikan kesahihannya. Kita tunggu pelancaran rasmi dan bersedia dengan kejutan ASUS untuk kaki gamers semua! Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut.
______________________________________________________
Artikel Berkaitan:
- [Tertiris]: ASUS ROG Phone 2 Bakal Hadir Dengan Qualcomm Snapdragon 855+?
- Akhirnya Terdedah! ASUS ROG Phone 2 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Pada 23 Julai 2019
- [TERTIRIS] : ASUS ROG Phone 2 Dijangka Sokong Pengecasan Pantas 30W
- [Eksklusif] : Soal Jawab Bersama ASUS – Apa ASUS Bakal Bawa Masuk Ke Malaysia? ROG Phone 2?!
[SUMBER]

