
[BOCOR] : Rekaan Penuh HONOR 9X & HONOR 9X Pro Berlegar Di Media Sosial
Beberapa imej pengolokan tular di media sosial didakwa memaparkan rekaan penuh siri HONOR 9X – Kedua-dua model bakal menyokong rekaan pop-up dan kemasan kaca pada panel belakang. Bagaimanapun, bahagian dagu kelihatan sedikit tebal.

HONOR 9X Pro
HONOR 9X Pro dijangka membawakan paparan bersaiz 6.59 inci dengan resolusi FHD+. Enjin dalaman bakal dijana oleh cipset Kirin 810 dan persediaan memori pula adalah sehingga 8GB RAM serta 256GB ROM. Memetik imej bocor, model ini bakal menyertakan persediaan tiga kamera utama : 48MP + 8MP + 2MP dan dikuasakan oleh bateri 3,900mAh.

HONOR 9X
Dijangka masih mengekalkan beberapa ciri yang sama dengan HONOR 9X – Dijana cipset Kirin 810, memori sehingga 8GB serta 256GB ROM dan bateri 3,900mAh. Perbezaan ketara adalah HONOR 9X dijangka membawakan paparan skrin lebih kecil dengan resolusi FHD+. Selain itu, ia juga dijangka membawakan persediaan dwi kamera utama : 48MP + 2MP.

Jadi, apa kata korang? Pun begitu, maklumat bocor masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan dan kekal bersama eRing untuk lebih info terbaik!
[SUMBER]

