Dapatkan iPhone 8 & 8 Plus (PRODUCT) Red Bermula 2 Mei 2018 Di Telco Digi

iPhone 8 – 64GB

Selain Celcom, Digi juga telah mengumumkan produk terbaru yang ada dalam barisan telefon pintar mereka iaitu iPhone 8 dan 8 Plus (PRODUCT) Red.

Kepada yang menanti peranti edisi istimewa ini, pelanggan boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini (30 April) di laman rasmi Digi dan akan mendapat telefon pintar ini pada 2 Mei 2018.

iPhone 8 Plus – 64GB

iPhone 8/8 Plus menawarkan dua pilihan storan iaitu 64GB dan 256GB dengan kemasan panel gelas berwarna merah dan dipadankan dengan panel skrin depan berwarna hitam.

Umum mengetahui, (PRODUCT) RED merupakan sebahagian sokongan Apple dalam membantu pesakit-pesakit AIDS dan HIV dalam penyelidikan serta perubatan. Kepada yang berminat, boleh ke laman rasmi Digi sekarang!

You might also like