
vivo V7 Diperkenalkan Dalam Warna Energetic Blue Di India

Lebih kurang genap sebulan selepas vivo V7 dilancarkan secara rasmi di negara ini, vivo dilihat telah memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk model tersebut untuk pasaran India. Tampil dalam warna biru atau dikenali sebagai Energetic Blue, vivo V7 dengan pilihan warna ini dikatakan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah sempena sambutan hari Natal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
vivo V7 yang merupakan edisi kompak bagi model V7+ ini bukan sahaja boleh dimiliki secara atas talian melalui laman sesawang Amazon India dan Flipkart, tetapi ia juga turut boleh dibeli terus melalui kedai jualan rasmi jenama tersebut di India. Apa yang lebih menariknya, ia bukan sahaja dijual pada harga diskaun untuk tempoh masa terhad, tetapi ada di antara penjual yang turut menawarkan insentif menarik seperti sekali penukaran skrin secara percuma.


