OPPO Menawarkan Perkhidmatan Ukiran Laser Percuma Untuk R9s Dan R9s Plus – Tempoh Adalah Terhad

Inginkan kelainan pada Hari Raya nanti?

Apa yang perlu anda buat ialah:-

Anda perlu membeli peranti OPPO di laman e-dagang rasmi OPPO, Lazada, 11street atau Shopee pada masa terhad bermula 8 Jun 2017 sehingga 28 Jun 2017. Promosi percuma ini sah untuk pembelian OPPO R9s atau R9s Plus untuk kesemua varian.

Apa yang istimewa ialah anda boleh mencipta perkataan yang anda gemari dan ukiran tersebut akan dipaparkan di bahagian belakang kerangka badan tersebut. Anda juga boleh memilih huruf Rumi atau Cina dengan maksimum kepada 15 perkataan sahaja.

Ikuti cara-caranya di bawah:

  1. Pilih jenis tulisan
  2. Pilih saiz tulisan
  3. Pilih kedudukan ukiran sama ada di tengah atau di bawah
  4. Akhir sekali, isikan jenis tulisan, saiz, kedudukan, dan mesej (maksimum 15 huruf atau 8 huruf cina) ke dalam ruangan yang disediakan semasa proses akhir pembelian.

Lazada
11street
Shopee

 

Ini adalah masanya untuk anda menghias peranti kesayangan anda!

You might also like