
Celcom kini sedang mengalami masalah pada rangkaian mereka apabila panggilan suara dibuat oleh para pengguna di Semenanjung bermula pada jam 6.45 pagi tadi. Turut terkesan ialah telco Webe, TuneTalk dan juga RedOne yang masing-masing menggunakan liputan Celcom.
Walau bagaimanapun, isu ini telah diatasi pada jam 9.30 pagi tadi dan dijangka akan diselesaikan sepenuhnya di Sabah dan Sarawak dalam masa lebih kurang satu jam lagi. Perkara ini turut disahkan oleh pihak Celcom sendiri di laman Twitter rasmi mereka 20 minit yang lepas. Dalam pada masa yang sama, gangguan ini berlaku oleh kerana pihak teknikal Celcom kini sedang menjalankan proses naik taraf rangkaian.