Samsung Galaxy A3 (2016) Menerima Kemas Kini Android Nougat

Samsung sudah mula mengeluarkan kemas kini Android Nougat kepada para pengguna Samsung Galaxy A3 (2016) bermula di negara Eropah, manakala untuk pengguna di negara lain termasuk Malaysia, ia akan tiba tidak lama lagi. Pengguna boleh menyemak tentang kemas kini terbaru ini melalui halaman tetapan dan boleh memuat turun secara OTA terus daripada telefon.

Kemas kini Android 7.0 Nougat ini memerlukan muat turun sebanyak 950MB, dan perlu diingatkan setiap kemas kini perlu dibuat dengan sambungan Internet yang stabil supaya sistem perisian tidak terjejas pada masa kelak.

You might also like