Instagram Akhirnya Mengaplikasikan Sistem Keselamatan Dwi Faktor

instagram

 

 

 

 

 

 

 

 

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang kerap kali diserang penggodam, ini kerana platform tersebut adalah antara yang paling kerap digunakan dengan jumlah pengguna lebih dari 400 juta. Kerap kali akaun pengguna dipecah masuk dan gambar dicuri, dipadam dan ada kejadian di mana penggodam memanipulasi akaun pengguna.

instagram-two-factor-authentication

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk menghentikan ancaman tersebut, Instagram telah melancarkan sistem sekuriti dwi faktor yang memerlukan pengguna melakukan verifikasi identiti melalui kod yang diterima melalui sistem pesanan ringkas. Selain itu Instgram juga akan menghantar kod kedua sekiranya telefon atau nombor yang anda daftarkan hilang. Langkah itu dialu-alukan pengguna kerana sepatutnya Instagram melakukan sedemikian sejak dari dulu lagi. 4 tahun yang lalu, pemilik platform Instagram, iaitu Facebook telah menggunakan sistem dwi faktor sebagai pintu keselamatan pada platform mereka.

You might also like