
Ketirisan maklumat mengenai spesifikasi awal dan tarikh pelancaran pewaris baharu Xiaomi iaitu Mi 9 kini mula bertebaran luas di media sosial.
Melalui imej tersebar, ia memberikan gambaran jelas bahawa model tersebut bakal hadir dengan sokongan tiga kamera utama dan sistem imbasan cap jari terbina pada skrin.
[TERTIRIS] Xiaomi Mi 9 Dijangka Hadir Dengan Tiga Lensa Utama, Dijana Snapdragon 855

Lebih menarik, orang ramai kini mula membuat spekulasi bahawa model tersebut dijangka dilancarkan pada Februari ini. Ia ekoran, CEO Xiaomi sendiri sering kali mengusik dengan nombor “9102” menerusi laman Weibo.
Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Berbaloi Dimiliki?
Pada mulanya, ia dianggap hanya sebagai pembalikan tahun 2019 namun kini ramai mula berspekulasi bahawa ini boleh membayangkan bahawa pelancaran Mi 9 berkemungkinan besar pada 19 Februari .

Seperti biasa, maklumat tertiris adalah ‘rumors’ semata dan masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Jadi, kita tunggu tuan empunya badan sendiri muncul dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Lite, Spesifikasi Unggul Yang Mampu Milik
[SUMBER]

