

Perkara yang paling mustahak apabila peranti mengalami masalah ialah ia perlu dibaiki oleh juruteknik yang bertauliah. Jadi tidak hairanlah jenama-jenama besar seperti Samsung, Oppo, Apple memiliki pusat servis mereka di serata Malaysia. Oleh itu, Nubia yang merupakan pendatang baru dalam pasaran tempatan kini telah membuka pusat servis mereka di Kuala Lumpur.
Bertempat di tingkat 1, Plaza Low Yat, pengguna telefon pintar Nubia kini tidak perlu risau untuk menghantar peranti mereka untuk dibaiki kerana ia sememangnya sebuah kedai yang rasmi. Selain itu, Nubia juga akan membuka beberapa pusat servis menjelang bulan September depan di Kota Sri Mutiara (Kota Bharu), Kompleks Bukit Jambul (P.Pinang), De Garden (Ipoh), Jalan Melaka Raya (Melaka), Taman Molek (Johor Bahru), dan Star City (Sabah).


Dalam masa yang sama, Nubia juga menyediakan set contoh model terbaru Z17 Mini (versi 4GB/32GB) kepada para pengunjung yang hadir. Sementara, untuk versi RAM 6GB dan ROM 128GB, ia boleh di pra tempah bermula 31 Ogos depan.
Anda boleh mengunjungi pusat servis Nubia ini di Lot 1-TC 4&5, 1st Floor, Plaza Low Yat bermula hari ini.



