
Tahun Baru Cina pastinya bakal sambut dengan meriah dan keriangan. Tanpa ketinggalan, Huawei turut tidak melepaskan peluang bagi berkongsi kemeriahan bersama pengguna dan peminat Huawei. Pelbagai promosi dan tawaran hebat serta pertandingan menarik yang dianjurkan oleh Huawei untuk anda semua bermula dari 18 Januari sehingga 24 Febuari 2019. Dengan mengangkat tema ‘Bring The Love Home’ pastinya ditunggu-tunggu.

Bagi mereka yang membeli peranti Huawei Mate20, Mate20 Pro, Mate20 X, Matebook D, Matebook X Pro i5 dan Matebook X Pro i7, anda berhak mendapat kad Starbuck yang bernilai RM50. Dalam pada itu, bagi setiap pembelian Huawei Nova 3, Nova 3i, Nova 4, Y9 2019, Y Max, M5 Pro, M5 dan T5 10.0, anda berhak mendapat kad Starbuck yang bernilai RM10.

Berita baik juga kepada anda semua, apabila setiap minggu Huawei akan melakukan cabutan bertuah yang dinamakan ‘HUAWEI BIG Ang Pao Weekly Lucky Draw’. Terdapat 3 hadiah utama yang diberikan kepada pemenang yang berbentuk baucer beli belah bernilai RM888. Terdapat juga 20 hadiah sagu hati yang akan diberikan kepada pemenang bertuah yang mana ia berbentuk baucer dalam talian Huawei bernilai RM88.
Cara untuk menyertainya adalah sangat mudah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

- Imbas kod ini dan log masuk ke laman sesawang Huawei.
- Isi maklumat peribadi di dalam ruang yang disediakan. Anda hanya perlu menjawab 1 soalan sahaja.
- Nantikan pengumuman pemenang yang akan dilakukan di laman Facebook Huawei Mobile MY.
Berikut merupakan tarikh-tarikh pengumuman pemenang:

Cabutan bertuah ini tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan. Anda boleh membaca terma dan syarat dengan klik di sini.
Baca juga:
- Huawei MediaPad T5 Tersedia Pada 28 Januari – Dijual Pada Harga RM999
- HUAWEI Nova 4 Kini Mendarat Di Malaysia – Harga RM1,899 Dapatkan Mulai 14 Februari…
- HUAWEI Nova 4: Sudah Tiba Masanya Untuk Naik Taraf Tetapan Nada Dering Anda
- [ Promosi HUAWEI ] Tukar Bateri Hanya RM99 – Bermula 14 Jan ~ 20…
- Laporan DxOMark Tahun 2018 – Huawei P20 Pro Tetap Menjadi Raja Penggambaran!

