Selebriti Media Sosial kini Perlu Bayar Cukai Pendapatan

 


Jika sebelum ini, selebriti media sosial yang melakukan reviu di platform media sosial dan menerima bayaran tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Namun kini, telah berkuatkuasa bahawa reviu yang dilakukan oleh mereka yang menerima bayaran melebih RM5000, maka mereka perlu mengisytihar dan membayar cukai pendapatan.

Hal ini kerana, kaedah melakukan reviu menerusi platform media sosial dikategorikan sebagai profesion.

Dalam pada itu, kanak-kanak juga turut tidak terkecuali dari undang-undang ini yang mana ia terikat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai. Justeru ibu bapa perlu ambil cakna dalam urusan ini.

Justeru, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019. Program ini akan dilaksanakan sehingga 30 Jun 2019 dan individu yang sukarela mengisytiharkan pendapatan akan menikmati kadar penalti yang rendah iaitu 10% dan 15% atas cukai yang dibayar.

Baca juga:

 

 

You might also like