Ada satu khabar angin yang mana MacBook Pro Baru dilaporkan siap untuk dilancarkan akhir tahun ini dan dikatakan ia akan dikuasakan oleh chipset Apple M1X menurut @Dylandkt.
Bagi yang tidak tahu, M1X akan dibuat berdasarkan proses N5P TSMC, yang berasaskan node 5 nm yang digunakan untuk M1 pada ketika ini. Berkemungkinan juga, ia menggunakan seni bina teras yang sama dengan M1, iaitu teras Firestorm dan Icestorm yang juga terdapat di A14.
Menurut Dylan, ia juga bakal mempunyai CPU 10 teras dengan 8 teras besar dan 2 cekap (berbanding M1, yang mempunyai konfigurasi 4 + 4). Kiraan teras GPU (8 pada cip semasa) dapat dua kali ganda atau bahkan empat kali ganda.