
Samsung Galaxy Note9 Mungkin Hadir Dengan Skrin 6.4”, Bateri Sehingga 4,000mAh
Pada penggal kedua setiap tahun Samsung akan melancarkan peranti induk di bawah siri Note. Jadi sebelum keluarnya peranti ini di pasaran, para pengamal teknologi akan menjangkakan peranti tersebut dengan beberapa spesifikasi.
Melalui khabar angin daripada Weibo yang selalu boleh diterima kali ini mengatakan Samsung Galaxy Note9 bakal dilengkapi skrin sebesar 6.4-inci dengan nisbah yang sama menerusi Infinity Display. Ia sememangnya saiz yang sedikit besar berbanding Galaxy S9+, malahan pengimbas cap jari pada skrin mungkin diletakkan.
Selain itu, ada khabar angin juga mengatakan Galaxy Note9 akan dibekalkan bateri sebesar 3,850mAh sehingga 4,000mAh, peningkatan kapasiti daripada 3,300mAh pada generasi sebelumnya. Daripada segi perkakasan cip, pemproses Snapdragon 845 yang diguna pakai pada Galaxy S9 masih dikekalkan.
Jika kemungkinan ini berlaku, Galaxy Note9 akan memberikan jangka kitaran masa yang lebih lama berbanding Galaxy Note8 pada hemat kami yang tidak memuaskan.