Reviu Eksklusif Xiaomi Mi Note 10 : Apa Ada Pada Smartphone Ini? Sejauh Mana Hebatnya?

Perang kamera nampaknya berterusan. vivo baru sahaja memperkenalkan peranti pertama dunia dengan sensor 64MP – nampaknya, Xiaomi setapak kehadapan apabila muncul dengan peranti bersama kamera 108MP menerusi Xiaomi Mi Note 10. Apa yang menariknya, dipasang dengan enam kamera – di mana 5 pada bahagian belakang dan lensa selfie tunggal dengan ciri-ciri penggambaran yang menarik.

Tidak hanya berfokuskan pada fungsi penggambaran, Xiaomi Mi Note 10 juga sesuai untuk mereka yang mahukan smartphone kompak penuh bergaya bersama prestasi mantap. Dioperasikan oleh Android 9 dengan pemproses Snapdragon 730G (8nm), Xiaomi Mi Note 10 padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

[BACA : Pandang Pertama Xiaomi Mi Note 10 : Pencabar Baru Dengan Aura Tersendiri ]

Pun begitu, terdapat juga versi Pro dengan paduan memori 8GB + 256GB. Selain itu, titik tumpu lain terletak pada sokongan bateri dengan kapasiti besar iaitu 5,260mAh (menerusi USB-C) bersama sokongan pengecasan pantas 30W daripada kotak – membolehkan anda mengecas bateri dengan lebih pantas.

 

:: 5 CIRI-CIRI MENARIK XIAOMI MI NOTE 10 ::

01 Penggambaran Mantap Dengan Kamera 108

Xiaomi sering mencipta peranti yang berkualiti tinggi dari masa ke masa. Berbeza dengan rekaan model Xiaomi sebelum ini, Xiaomi Mi Note 10 menjadi model pertama di dunia dibekalkan dengan sensor 108MP (f/1.33). Sensor ini membuatkan banyak pihak tidak keruan. Mana tidaknya, ia berupaya menangkap imej dengan resolusi 12,032 x 9,204 piksel.

Selain daripada itu, Xiaomi Mi Note 10 turut diperkasakan dengan empat lagi lensa dengan keupayaan masing – masing iaitu 12MP (f/2.0)(Portrait) + 5MP (f/2.0)(Telephoto) + 20MP (f/2.2)(Ultra Wide Angle) + 2MP (f/1.75)(Macro). Antara ciri menarik pada kamera termasuk Dual OIS, 10x hybrid zoom, 50x digital zoom, Night mode 2.0, 960fps macro slow-motion video, 4K Ultra Wide Angle video dan vlog mode.

Gandingan lensa ini menghasilkan butiran gambar yang baik dengan kontras menarik dan tidak terlalu tepu. Pada pencahayaan yang cukup, lensa berjaya menghasilkan imej dengan ketajaman yang hebat bersama kemasan warna semula jadi. Ia juga mampu menghasilkan gambar yang cerah dengan dinamik warna yang lebih baik walaupun dalam pencahayaan rendah.

 

02. Kamera Selfie 32MP Serba Lengkap

Sokongan kamera selfie sebesar 32 MP pada kamera swafoto dilihat mampu menjadi perintis swafoto yang sempurna. Ia mampu menghasilkan foto yang menakjubkan, terperinci dan menarik sekali membantu pengguna merakam foto terbaik. Lebih mengujakan, teknologi AI yang diketengahkan dilihat mampu menghasilkan gambar selfie lebih semula jadi dan sentiasa menjanjikan sisi yang terbaik.

 

03. Paparan Skrin Penuh Dengan Lengkung Hebat

Berbeza dengan model Xiaomi yang lain, kali ini ternyata tiada kekuaranganya kerana ia terlihat seperti sebuah smartphone dengan tarikan tersendiri dalam menarik hari pembeli. Xiaomi Mi Note 10 dibina dengan paparan berukuran 6.47″ AMOLED FHD+ (2340 x 1080) dengan kemasan takuk kecil pada bahagian atas smartphone – sekaligus menyajikan paparan warna yang cemerlang untuk kepuasan ramai.

Secara peribadi, paparan ini harus dipuji – menawarkan nisbah skrin – ke-badan mencecah 88.6% dengan sudut pandang luas bersama penghasilan semula yang berkualiti tinggi. Paparan ini juga selamat kerana ia telah menerima pensijilan keselesaan mata, TUV Rheiland untuk pengalaman lebih selesa.

 

 04. Gabungan CPU, GPU & Memori Hebat

Prestasi peranti ini boleh dikelaskan berbaloi untuk dimiliki. Xiaomi Mi Note 10 mengusung cip pemproses Snapdragon 730G (8nm) dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Pun begitu, terdapat juga versi Pro dengan paduan memori 8GB + 256GB. Xiaomi Mi Note 10 juga dipadukan dengan GPU Adreno 618 bagi pengalaman penggunaan lebih baik. Secara peribadi, segala aktiviti seperti melayari internet, sosial media, bermain game dan sebagainya tidak mendatangkan masalah.

Bahkan, gabungan cip, memori dan GPU yang seimbang menjadikan ia mampu menggalas tugas dengan jayanya. Bagi melihat sendiri sejauh mana kehebatan prestasi Xiaomi Mi Note 10, penulis telah menjalankan beberapa ujian penanda aras ke atasnya menerusi aplikasi AnTuTu Benchmark dan GeekBench 5 sebagai rujukan.

 

05. Bateri Besar + Pengecasan 30W

Xiaomi Mi Note 10 dibina dengan bateri berkapasiti besar iaitu 5,260mAh (menerusi USB-C) bersama sokongan pengecasan pantas 30W daripada kotak. Sokongan pengecasan pantas pada Xiaomi Mi Note 10 menjanjikan masa mengecas yang efisien dengan hanya 1 jam untuk pengecasan penuh – ini bermakna pengguna tidak perlu menunggu lama untuk mengecas bateri smartphone. Ketahanan bateri HUAWEI P30 Pro adalah sesuatu yang harus dipuji – memang terbaik!

 

Apa Kata Editor?

Xiaomi Mi Note 10 harus dipuji kerana ia didatangkan dengan sejumlah spesifikasi menarik dalam kelasnya yang tersendiri. Dengan keistimewaan tersendiri dalam menyampaikan setiap satu butiran , ternyata peranti sememangnya berbaloi untuk dimiliki. Bagi yang berminat, Xiaomi Mi Note 10 ditawarkan pada harga seperti berikut:

🔥 Xiaomi Mi Note 10 (6GB + 128GB) – RM 2,099
🔥 Xiaomi Mi Note 10 PRO (8GB + 256GB) – RM 2,499
You might also like