
Peminat jenama Samsung di tanah air pasti teruja apabila siri Samsung Galaxy S20 kini dah rasi di Malaysia dan dijual pada harga bermula dari RM3599.
Samsung Galaxy S20
Peranti yang dihadirkan dengan 6.2″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X dan dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa iaitu Exynos 990 RAM 8GB dan storan sebesar 128GB(MicroSD sehingga 1TB). Ia sekaligus memberikan prestasi yang terbaik kepada pengguna. Peranti ini bakal dijual pada harga
Samsung Galaxy S20+
Bagi peranti ini ia tampil dengan skrin bersaiz 6.7″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X serta pemproses peranti ini juga antara yang sangat bekuasa di pasaran pada ketika ini iaitu Exynos 990. Turut dipadankan dengan RAM sebesar 8GB (LPPDR5) dan storan sebesar 128GB (MicroSD sehingga 1TB).
Kamera peranti ini juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 64MP(F2.0) + 12MP(f/1.8) + 12MP(f/2.2) + Depth Vision bagi kamera utama dan 10 MP(f/2.2) bagi kamera belakang.
Samsung Galaxy S20 Ultra
Ini adalah model paling berkuasa dalam siri Samsung Galaxy S20. Ia tampil dengan skrin yang sangat luas iaitu 6.9″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X. Disertakan dengan pemproses berkuasa Exynos 990 dan disertakan dengan RAM sebesar 12GB dan storan sebesar 128GB (MicroSD sehingga 1TB).
Kamera sememangnya hebat apabila ia tampil dengan sistem 4 kamera. Bagi kamera utama ia tampil dengan 108MP(f/1.8) + 48MP(f/3.5) + 12MP(f/2.2) + DepthVision dan 40 MP(f/2.2) bagi kamera hadapan.
Siri Samsung Galaxy S20 bakal dijual pada harga seperti berikut:
Samsung Galaxy S20: RM3599
Samsung Galaxy S20+: RM3999
Samsung Galaxy S20 Ultra: RM4999
Samsung turut melaksanakan jelajah dari 6 hingga 8 Mac 2020. Setiap pembelian siri Samsung Galaxy S20, anda akan mendapat MicroSD Memory Card( bernilai RM139) dan wireless charger pad (bernilai RM239).
lebih menarik, bagi setiap pembelian awal di jelajah tersebut anda berpeluang mendapat Samsung 50” 4K Smart UHD (bernilai RM2599) atau rebat segera ke atas telefon Galaxy S20 anda sekiranya anda trade in mana-mana kamera anda