Xiaomi Redmi S2 Khas Untuk Kaki Swafoto Dijual Dengan Tanda Harga RM679

Selain daripada menawarkan Xiaomi Mi MIX 2S di Malaysia, Xiaomi juga membawakan Redmi S2 untuk para penggemar swafoto yang inginkan peranti pada harga ratusan Ringgit. Untuk pasaran tempatan, peranti ini dijual pada harga bermula RM679 dan RM849 untuk varian atas.

 

Xiaomi Redmi S2 dilengkapi kamera hadapan 16 Megapiksel dengan kuasa AI (kecerdasan buatan) disamping aperture f/2.0. Menggunakan teknologi Super Pixel dan AI Beauty 4.0, kamera depan juga menyokong ciri Face Unlock untuk pengecaman wajah. Sementara di belakang pula, ia lengkap dengan dwi kamera 12 Megapiksel dan 5 Megapiksel bersama bantuan LED flash termasuk integrasi penggambararan AI.

Dipadankan dengan paparan 6-inci HD+ 1440 x 720 piksel, peranti ini dibina diatas tubuh badan logam bersama bateri berkapasiti 3,080mAh. Bagi menguasakan peranti ini, ia dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dan memori 3GB RAM serta 32GB storan. Manakala, varian atas pula hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan.

Slot Triple untuk dua SIM dan satu kad microSD

Xiaomi Redmi S2 dikeluarkan dengan pilihan warna emas dan kelabu selain ia akan mula dijual di kedai atas talian Lazada, Mi Store, dan Mi Zones seluruh negara bermula 1 Jun 2018. Bagaimanapun, untuk warna Rose Gold ia bakal ditawarkan pada masa akan datang.

You might also like