ZTE Ingin Mengisi Kekosongan Pasaran Nexus

1Apabila Pixel diperkenalkan, maka berakhirlah generasi Nexus. Peminat stock Android rata-rata berasa kecewa walaupun Pixel menampilkan tambah baik berbanding model Nexus terakhir, 6P. Ini kerana Google memutuskan untuk menaikkan harga peranti mereka setanding dengan peranti dari Apple.

ZTE melihat ini sebagai satu peluang kerana kini terdapat satu pasaran yang terbuka. Peminat stock Android yang selama ini selesa dengan harga mampu milik dilihat sebagai pasaran yang berpotensi untuk ZTE dan kini mereka sedang berusaha untuk menghasilkan peranti stock Android yang akan menggantikan Nexus.

2Baru-baru ini mereka telah mengadakan bancian dan kutipan respon dari pengguna. Antara matlamat bancian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan peratusan pengguna yang mungkin berminat dengan peranti stock Android dari ZTE dan juga melihat apakah ciri yang pengguna pentingkan bagi sebuah peranti.

Ada sesiapa yang meminati model Google Nexus? Apa pandangan anda dengan langkah yang ingin diambil ZTE?

You might also like