
ZTE Axon 7 Akan Mendapat Android Nougat Awal Tahun Hadapan
ZTE Mobil Jerman telah memuat naik status di Twitter menyatakan bahawa model Axon 7 akan mendapat Android Nougat pada Januari 2017 di Jerman. Walaupun begitu, berita ini menunjukkan bahawa ZTE sudah semakin hampir dan bersedia untuk mengagihkan Android Nougat kepada semua penggunanya.
Walaupun hanya ZTE di Jerman sahaja baru mengumumkan berita tersebut, adalah selamat untuk meneka Android Nougat akan sampai ke pengguna di negara-negara lain dalam jangka masa yang lebih kurang sama sekurang-kurangnya pada suku tahun pertama.