
Google Pixel Gantikan Siri Google Nexus
Dalam acara khas, Google telah mengadakan pelancaran khas untuk memperkenalkan beberapa produk terbaru keluaran mereka. Salah satunya adalah dua smartphone terbaru yang dijelmakan semula dengan nama baru iaitu Pixel dan juga Pixel XL. Hadir dalam dua variasi berbeza, ia menawarkan paparan skrin berukuran 5.0 inci dan 5.5 inci hadir dengan beberapa fungsi baru.
Google Pixel adalah smartphone pertama yang menyokong Google Assistant. Ia merupakan Google Now yang telah dinaik taraf untuk membantu penggunanya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih menarik lagi, peranti terbaru keluaran Google ini telah berjaya mencapai markah penilaian DxOMark paling tinggi dalam sejarah telefon pintar hasil daripada kerja keras jurutera Google dalam membangunkan komponen optikal Google Pixel. Ia secara tidak langsung telah menewaskan Samsung Galaxy S7 yang sekian lama menduduki takhta kamera telefon paling cantik.
Kehadiran penggambaran beresolusi 12.3 Megapiksel dengan lensa 1.55μm piksel pastinya memerlukan ruang penyimpanan yang besar bukan? Oleh itu, pengguna Google Pixel bakal menikmati ruang penyimpanan tanpa had. Bukan itu sahaja, gambar atau video yang dimuat naik untuk disimpan tidak akan dikecilkan, sebaliknya ia kekal sepertimana gambar atau video diambil walaupun video tersebut beresolusi 4K.
Lebih istimewa lagi, Google Allo dan Duo turut tersedia pada peranti terbaru Google, di mana ia merupakan hasil tangan dari Google sendiri. Allo adalah aplikasi permesejan yang pintar, ia boleh memahami perbualan anda dengan pihak lain. Apabila diperlukan, Allo akan mencadangkan maklumat yang berkaitan dengan apa yang dibicarakan. Manakala Duo pula membolehkan pengguna membuat panggilan dengan ringkas dan mudah.

Di Amerika Syarikat, Google Pixel ditawarkan pada harga bermula USD 649 (kira-kira RM 2,684) sehingga USD 749 (RM 3,097).
Spesifikasi
Pixel |
Pixel XL |
|
Sistem Operasi |
Android 7.0 Nougat |
|
Chipset |
Snapdragon 821 |
|
CPU |
Quad Core (2×2 2.15GHz / 2×1.6GHz) |
|
Skrin |
5.0 inci HD AMOLED 1920×1080 piksel (441 ppi) |
5.5 inci HD AMOLED 2560×1440 piksel (534 ppi) |
Memori Dalaman |
32GB / 128GB, 4GB LPDDR4 RAM |
|
Memori Tambahan |
X |
|
Penggambaran Utama |
12.3 Megapiksel IMX378 |
|
Kamera Hadapan |
8 Megapiksel IMX179 |
|
Rakaman Video |
UHD 4K |
|
Kapasiti Bateri |
Li-Ion 2770mAh |
Li-Ion 3450mAh |
Warna |
Very Black, Quite Silver & Really Blue |
https://www.youtube.com/watch?v=Rykmwn0SMWU&feature=youtu.be