Uber Mengesahkan Penerimaan Pelaburan Daripada KWAP

pic 1Uber Technologies Inc. baru-baru ini mengesahkan telah menerima pelaburan daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), iaitu merupakan sebuah badan yang menguruskan dana persaraan kedua terbesar di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui akhbar TheStar, KWAP dikatakan telah melaburkan kira-kira USD30 juta atau bersamaan RM124 juta pada perkhidmatan perkongsian kenderaan popular di negara ini iaitu Uber.

pic 2Pelaburan terhadap Uber ini merupakan pelaburan pertama KWAP di dalam syarikat asing dalam usaha untuk mempelbagaikan pelaburan ke dalam sektor baharu. Malah menurut Dato’ Wan Kamaruzaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, langkah ini dibuat dalam menjadikan KWAP sebagai salah satu pelabur global dan percaya perkhidmatan perkongsian kenderaan yang ditawarkan oleh Uber ini mempunyai peluang yang besar untuk mengubah masa depan mobiliti.

You might also like