
Selaku peneraju penyelesaian dan teknologi storan global, Western Digital Corporation telah memperkenalkan penyelesaian storan mudah alih jenama terbarunya dengan kemunculan SanDisk Ultra Dual Drive USB Type-C untuk pasaran tempatan.
Pemacu generasi terbaru ini menawarkan proses penghantaran yang lebih pantas dan juga kapasiti yang lebih besar, sekaligus membolehkan pengguna untuk memindahkan kandungan dengan lebih mudah ke peranti yang menyokong USB Type-C.
SanDisk Ultra Dual Drive USB Type-C ini telah dilengkapi dengan prestasi sambungan USB 3.1 yang mampu menyokong proses kepantasan penghantaran data mencecah sehingga 150MB/s.
Dengan sokongan jaminan waranti sehingga lima tahun, ia telah diperkenalkan dalam pelbagai pilihan kapasiti iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan juga 128GB. Kini ia sudah boleh dimiliki di Malaysia pada harga jualan yang mana masing-masing telah dijual pada harga RM59, RM79, RM119 dan juga RM219.

