Samsung Muncul Dengan Dua Produk Baru – Galaxy Watch Active & Galaxy Buds

1129
- Iklan -

Selain kemunculan barisan Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy Fold, syarikat gergasi itu turut melancarkan dua produk baru iaitu jam pintar berfokus kecergasan – Samsung Galaxy Watch Active dan fon telinga tanpa wayar – Samsung Galaxy Buds.

Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019 ]

Samsung Galaxy Watch Active

Samsung Galaxy Watch Active membawakan paparan AMOLED bersaiz 1.1 inci (360 x 360 piksel) berbentuk bulat dengan bilah nipis. Ia didatangkan dengan sejumlah sensor untuk memantau kecergasan dan kesihatan termasuklah pemantauan tekanan darah dan latihan bernafas

Dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 9110, dilengkapi memori 768MB RAM, bateri 230 mAh dan ketahanan kalis air 5ATM. Difahamkan, jam ini boleh digunakan bersama telefon pintar berasaskan Android atau iOS. Pengguna juga boleh memasang sejumlah aplikasi padanya.

 

Samsung Galaxy Buds

Samsung Galaxy Bud antara salah satu yang menarik perhatian pada acara tersebut. Difahamkan, earphone ini menawarkan masa penggunaan sehingga 6 jam, di samping disertakan sokongan Bixby bagi mengawal melalui arahan suara.

Selain itu, ia juga dibina dengan sokongan pengecasan tanpa wayar – melalui ciri pengecasan pada Galaxy S10. Tidak ketinggalan, ia turut menyertakan kualiti sokongan mikrofon yang baik.

Setakat ini, harga jualan dan ketersediaan kedua-dua produk tersebut untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan. Sama-sama kita tunggu.

_________________________________

Artikel Berkaitan: