
Samsung Galaxy S10 5G Diperkenal – Sokongan 4 Kamera Utama + Bateri 4,500mAh
Selain pengenalan barisan Samsung Galaxy S10, syarikat gergasi itu turut memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G pertama mereka iaitu Samsung Galaxy S10 5G.
[ Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019 ]

Menariknya mengenai versi ini, ia membawakan skrin besar bersaiz 6.7 inci AMOLED bersama penawaran memori sebesar 8GB dan storan 256GB. Melengkapinya, bateri 4,500 mAh, di samping dimuatkan ciri-ciri terdapat pada Samsung Galaxy 10+ termasuk sokongan pengecasan tanpa wayar.

Untuk ketersediaan kamera, telefon pintar turut menawarkan sokongan empat utama dengan gabungan lensa 12MP + 12MP + 16MP berserta sensor 3D depth. Kamera swafoto pula adalah sebesar 10MP. Difahamkan, Samsung bakal menawarkan versi ini di Amerika Syarikat pada suku kedua tahun ini.
____________________________
Artikel Berkaitan:
- Siri Samsung Galaxy S10 Dilancarkan Bersama Rekaan Serba Baharu, Teknologi Lebih Terkini
- Peranti Lipat Samsung Diperkenal Secara Rasmi – Galaxy Fold
- Samsung Galaxy S10 5G Diperkenal – Sokongan 4 Kamera Utama + Bateri 4,500 mAh
- Samsung Muncul Dengan Dua Produk Baru – Galaxy Watch Active & Galaxy Buds

