Quran Companion: Memorize 2016, Menghafal Ayat Al-Quran Lebih Mudah

ikonTerdapat beberapa aplikasi Al Quran yang boleh dimuat turun oleh pengguna hari ini, terbaru adalah Quran Companion: Memorize 2016. Aplikasi ini memudahkan pengguna menghafal ayat Al Quran hanya melalui smartphone sahaja. Lebih menarik, ianya berfungsi dengan menggunakan kaedah swipe, di mana selepas membaca dan mulakan hafalan pengguna boleh menyembunyikan sementara ayat yang ingin dihafal, kemudian swipe untuk menghilangkannya.

editQuran Academy Incturut bercadang memperkenalkan sokongan berkumpulan dan cabaran pada aplikasi ini untuk menjadikan proses hafalan lebih interaktif dan pada masa yang sama bertukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Menawarkan antaramuka yang kemas, pengguna Android boleh mencuba sendiri aplikasi Quran Companion: Memorize 2016.

Muat Turun:

You might also like