
Aplikasi Cool: SKRWT
Salah satu ciri gambar yang bagus adalah perspektif pandangan yang baik dan mampu membangkitkan mood gambar. Namun kebanyakan aplikasi talaan gambar hanya menyediakan fungsi editing untuk warna, kualiti dan juga efek. Hari ini kami kongsikan satu aplikasi untuk anda menukar perspektif gambar anda.
SKRWT adalah aplikasi yang amat bagus untuk mereka yang kerap mengambil gambar dengan smartphone. Jika anda mempunyai gambar yang diambil dengan senget atau pun anda ingin menukar perspektif gambar, lancarkan sahaja aplikasi ini dan pilih fungsi-fungsi yang ditawarkan SKRWT. Dengan beberpa langkah mudah, anda boleh membaiki gambar anda dan menjadikannya jauh lebih baik dari gambar asal.
SKRWT ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS pada harga RM 4.49 (Android) dan USD 1.99 (kira-kira RM 8.73, iOS).