Pokemon Go Dilancar Lewat Untuk Menghormati Mangsa Tragedi

1Permainan fenomena baru, Pokemon Go yang sepatutnya dilancarkan untuk negara Perancis pada hujung minggu yang lalu telah ditangguhkan atas sebab menghormati mangsa tragedi keganasan di bandar Nice.

Pokemon Company mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu menarik perhatian masyrakat dari perkara yang lebih penting. Ia merupakan langkah yang sangat prihatin dari syarikat tersebut memandangkan lebih banyak perhatian harus diberikan kepada isu-isu kemanusiaan berbanding sebuah permainan virtual. Dalam masa yang sama, langkah penangguhan tersebut dapat mengurangkan orang ramai berkumpul di satu-satu tempat lantas meminimakan risiko keselamatan.

 

You might also like