Shopee Dan Samsung Lancar Kempen “Now’s Your Chance” – Nikmati Diskaun Sehingga 45% Dan Pelbagai Ciri Interaktif Dari 29 Julai Hingga 1 Ogos 2019

Siapa sahaja yang tidak mengenali 2 jenama yang sangat popular ini iaitu Shopee dan Samsung Electronic. Kini kedua-dua jenama ini telah berkolaborasi bagi membentuk pakatan serantau pertama untuk perluas capaian pengguna.

Justeru, Samsung dan Shopee juga akan melancarkan kempen mudah alih “Now’s Your Chance” yang mana ia merupakan sebuah kempen yang bertujuan untuk menggiatkan lagi penglibatan pengguna. Dari 29 Julai hingga 1 Ogos 2019.

Menariknya, ia mempunyai ciri interaktif bagi menghiburkan pengguna dan tawaran menarik serta diskaun untuk produk-produk Samsung terpilih di platform.

Pelbagai permainan tersedia antaranya Spin the Wheel dan anda berpeluang memenangi jumlah hadiah bernilai sehingga RM12,500, termasuk 200,000 Shopee Coins, Samsung 55″ 4K SMART QLED TV, Samsung Galaxy A80 Blackpink Edition, Samsung Galaxy Earbuds.

Berikut antara ciri-ciri interaktif yang ditampil:

Shopee Live: Nantikan sesi penstriman langsung, Shopee LIVE yang akan berlangsung pada 31 Julai pukul 1 petang:

  • Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy A50 bernilai RM1,199 apabila anda berjaya meneka kod yang betul untuk membuka telefon pintar tersebut.
  • Blinks dapat menikmati unboxing khas Samsung Galaxy A80 BLACKPINK Edition.
  • Pengguna boleh dapatkan tawaran dan promosi Samsung eksklusif dan beli produk yang diketengahkan serta-merta semasa sesi penstriman langsung.

Tawaran eksklusif 24/7: Dapatkan diskaun sehingga 40% untuk alat mudah alih yang popular seperti Samsung Galaxy A30, Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy Tab A 7.0.

  • Pada 31 Julai, 250 pelanggan yang pertama yang membeli Samsung Galaxy A80 BLACKPINK Edition akan menerima baucar tunai Shopee bernilai RM80.
  • Semasa jualan tiga hari sahaja, dapatkan Samsung Galaxy M10 dengan harga RM389 (RRP: RM449) dan Samsung Galaxy M20 hanya untuk RM659 (RRP: RM799).
  • Anda akan dapatkan lebih nilai untuk wang anda dengan penjimatan sehingga 45% untuk Peralatan Rumah Samsung seperti ketuhar gelombang mikro Samsung Grill, Samsung Smart Full LED TV, mesin basuh Samsung dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi!!! Muat turun aplikasi Shopee di Apps Store atau Play Store.

You might also like