
Google Bakal Perkenalkan Aplikasi Spaces
Google yang bakal mengadakan acara Google I/O pada minggu ini, bakal mengumumkan sebuah aplikasi baru yang memfokuskan perkongsian secara berkumpulan diberi nama Spaces.
Dengan aplikasi Spaces, ia memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dan berbincang mengenai sesuatu perkara, termasuk berkongsi pautan padanya. Malah Google turut hadir dengan integrasi carian Google, YouTube dan pelayar web bagi membolehkan anda berbincang pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.
Pengguna boleh membuat kumpulan perbincangan baru dengan mudah pada Spaces, dan mengajak rakan-rakan untuk menyertainya menggunakan sebuah pautan khas. Space akan diuji oleh Google pada acara Google I/O kelak. Ia bakal ditawarkan untuk pengguna Android, iOS dan juga web.
Layari Google Spaces https://get.google.com/spaces/