
HUAWEI Nova 5i Pro Kini Rasmi- Hadir Dengan Sistem 4 Kamera Dan Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1316
Jenama telefon pintar terkenal dunia HUAWEI tadi telah menambah 1 lagi peranti dalam keluara siri Nova. Peranti yang baru dilancarkan tadi dikenali sebagai HUAWEI Nova 5i Pro.
Tampil dengan saiz skrin yang baik iaitu 6.26 inci Full HD+ IPS LCD dengan rekaan skrin berlubang yang menempatkan kamera hadapan. Menariknya, ia dikuasakan oleh cipset Kirin 810. Dihadirkan aspek memori yang baik iaitu 6GB / 8GB RAM dan storan sebesar 128GB / 256GB. Ia turut menjalankan Android 9.0 Pie + EMUI 9.1.
Kamera dilihat sangat baik apabila hadir dengan 4 kamera pada bahagian belakang iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Melengkapi kecemerlangan aspek kamera adalah kamera hadapannya yang dihadirkan dengan 32MP. Kualiti gambar anda pastinya sangat cantik dan berkualiti.
Kapasiti bateri adalah sangat besar apabila ia dihadirkan dengan 4000mAh ( USB-C) dan disertakan dengan pengecasan pantas 22.5W. Pastinya ia mampu bertahan lama.
Lebih menarik, ia dihadirkan dengan GPU Turbo 3.0 bagi memberikan pengalaman gaming yang terbaik. Ia turut hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Aurora and Emerald Green.
Peranti ini boleh didapati dalam 3 varian:
- 6GB + 128GB – RMB2,199 (kira-kira RM1,316)
- 8GB + 128GB – RMB2,499 (kira-kira RM1,496)
- 8GB + 256GB – RMB 2,799 (kira-kira RM1,676)




