
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A12 dan Xiaomi Redmi 9A sebagai sebahagian daripada pakej tawaran di bawah Program Jaringan PRIHATIN yang telah dilanjutkan selama sebulan lagi sehingga 31 Ogos 2021.
Kini semua rakyat Malaysia yang layak menerima rebat RM180 atau subsidi peranti RM300 boleh memilih untuk mendapatkan telefon pintar baharu ini bersama dengan pelan pilihan mereka. Kedua-dua peranti baharu tersebut kini boleh didapati di bawah tawaran Digi Prihatin Bundle untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.

Prihatin 35 Prepaid Bundle – Xiaomi Redmi 9A
Pelanggan prabayar yang layak menikmati subsidi RM300 boleh mendapatkan telefon pintar Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA tanpa komitmen kontrak apabila mereka melanggan Prihatin 35 Prepaid bundle ini. Dengan bayaran RM100, bundle in didatangi dengan akses internet berkelajuan tinggi 30GB selama tiga bulan dan panggilan tanpa had setiap bulan. Pelanggan juga akan menikmati data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun.
Prihatin 40 Postpaid Bundle – Xiaomi Redmi 9A dan Samsung Galaxy A12

Pelanggan yang layak menikmati subsidi RM300 boleh mendapatkan Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA sekiranya mereka melanggan Prihatin 40 Postpaid Bundle dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A12, mereka perlu membayar RM305 (RM205 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).
Bayaran pendahuluan sebanyak RM100 tersebut akan dikembalikan kepada pelanggan melalui rebat RM10 pada bil bulanan selama 10 bulan di mana mereka hanya perlu membayar RM30 sebulan. Selain itu, mereka juga akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan serta 2G data harian percuma selama setahun. Di bawah pakej tawaran ini, pelanggan akan terikat dengan kontrak selama setahun. Rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar – rakyat Malaysia yang layak akan terus mendapat rebat bulanan sebanyak RM15 untuk pelbagai pelan prabayar dan pascabayar bersama dengan data tambahan 2GB setiap hari, selama setahun. Kini, mereka juga boleh memilih untuk menggunakan rebat tersebut bagi menebus telefon pintar yang tersenarai di bawah Digi Prihatin Bundle.
Semua rakyat Malaysia yang layak termasuk pelanggan Digi sedia ada digalakkan untuk memanfaatkan program ini dan mendaftar sebelum 31 Ogos 2021. Tawaran Jaringan PRIHATIN Digi juga terbuka buat mereka yang bukan pelanggan Digi dengan cara mereka memilih untuk beralih ke Digi atau melanggan nombor telefon bimbit Digi yang baharu.
Pelanggan yang berminat boleh membuat pengesahan kelayakan dan mendaftar secara dalam talian melalui Digi. Sebagai alternatif, mereka juga boleh mendaftar di mana-mana kedai pengedar sah Digi di seluruh negara termasuk Digi Stores, Digi Store Express, Senheng dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, KK SUPER MART, myNEWS dan Happy Mart.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tambahan Jaringan PRIHATIN yang ditawarkan oleh Digi,
layari Digi.