ASUS ROG, Activision Jalin Kerjasama Untuk Call of Duty: Black Ops 4

1084
- Iklan -

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Activision, untuk Call of Duty® : Black Ops 4. Dari 10 September hingga 12 Oktober, ROG akan menjadi pembekal permainan PC digital pertama Call of Duty®: Back Ops 4.

Setiap pembelian produk ROG yang terpilih selama tempoh promosi akan melayakkan pengguna mendapat akses kepada edisi Digital Standard Call of Duty: Black Ops 4. Difahamkan, berikut adalah antara produk ROG yang terpilih :

  • ROG ZEPHYRUS (GX SERIES)

  • ROG ZEPHYRUS (GM SERIES)

  • ROG G703

  • ROG STRIX GL703

  • ROG STRIX GL504

Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat terkini dan lanjut, sila layari laman sesawang ROG.