
Isu Skrin Kehijauan Terjadi Pada Kamera iPhone 11?!!

Pra-tempahan siri iPhone 11 telah dibuka pada 20 September yang lalu dan masih menerima sambutan meriah dari peminat Apple, namun menurut sumber dari Taiwan, terdapat isu pada iPhone 11 terutamanya bahagian kamera yang paling bermasalah.
Menurutnya, pengguna iPhone 11 mendapati masalah skrin kehijauan berlaku apabila ingin membuka kamera di waktu malam. Melalui gambar yang dikongsi, skrin hijau tersebut boleh dikatakan sangat teruk, tambahan lagi ada yang mengatakan hasil gambar juga tidak jelas, kerangka peranti agak panas serta rangkaian tidak bagus.

Bermacam-macam masalah telah disebarka di laman sesawang, diharap pihak Apple boleh mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut, dan yang penting menyelesaikannya secepat mungkin.
_________________________
BACA JUGA:
- Membazirkah Berhabisan Ribuan Ringgit Membeli iPhone 11 Pro Max?
- Kenapa Anda Perlu Stay Guna iPhone XS Max Berbanding Membeli iPhone 11 Pro Max!!!
- Pelan Telco Paling Complete Siri iPhone 11! Hanya RM1,638 Untuk Dapatkan iPhone 11 Di Celcom!

