CES 2018 : Huawei Lantik Gal Gadot Sebagai Pegawai Atasan

Lanjutan daripada pengumuman peranti Huawei Mate 10 akan dipasarkan di Amerika Syarikat. Huawei juga membuat beberapa pengumuman lain. Bukan sahaja berkenaan teknologi malah mereka juga telah melantik aktres wanita terkenal Hollywood, Gal Gadot sebagai pegawai atasan dalam Huawei.

Jawatan yang dipegang Gal Gadot adalah jawatan yang pertama pernah diwujudkan dalam carta organisasi Huawei. Sebagai Ketua Pegawai Pengalaman (Chief Experience Officer), Gal Gadot berperanan membantu membentuk pengalaman jenama syarikat serta memainkan peranan aktif dalam mendengar dan memberikan idea yang berterusan kepada hala tuju Huawei. Ini juga menjadikan Huawei salah sebuah syarikat yang kakitangannya terdiri daripada selebriti terkenal dunia.

Di samping memperkenalkan Gal Gadot, Huawei juga telah berkongsi maklumat mengenai pelan tindakan syariakt dimana di masa akan datang, Huawei dengan kerjasama IMAX Corporation dan Xerpi Corporation (terkenal dalam industri audio DTS) akan membangunkan produk berteknologi AR/VR khusus untuk kegunaan pawagam.

Tidak ketinggalan, Huawei turut mengumumkan mereka kini sedang melakukan kerjasama dengan Montblanc, iaitu syarikat fesyen mewah terkenal dunia untuk menghasilkan sarung pelindung peranti. Sarung ini merupakan sarung premium diperbuat daripada kulit gandum lembut dengan cop Montblanc khas untuk Huawei Mate 10 Pro. Ia akan dijual di pasaran China bermula bulan hadapan.

You might also like