Kerjasama UMobile & Funding Societies Bantu Perusaha PKS Menerusi Pembahayaran GoBiz!!

1167

U Mobile mengumumkan jalinan kerjasama dengan Funding Societies, sebuah platform pembiayaan dalam talian antara rakan setara (P2P) yang terbesar di Asia Tenggara, untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) di Malaysia menerusi penyelesaian penerimaan pembayaran digitalnya, GoBiz.

Menerusi kerjasama dengan Funding Societies, U Mobile bertujuan memperkasakan perusahaan mikro dan PKS tempatan serta pemilik perniagaan SOHO di Malaysia dengan memenuhi satu keperluan umum, iaitu kekurangan modal kerja untuk mengembangkan perniagaan. Menerusi laman web GoBiz, www.gobiz.com.my pelanggan U Mobile dan GoBiz dapat mengakses platform bantuan pembiayaan P2P Funding Societies yang mampu menyokong pertumbuhan pendapatan, serta menampung jurang aliran tunai jangka pendek dan turun naik pendapatan, lebih-lebih lagi dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati fleksibiliti dari segi nilai pinjaman kerana Funding Societies menawarkan saiz pinjaman dari RM3,000 hingga RM1 juta.

Permohonannya sangat mudah kerana pemohon dapat menjalankan segala proses dalam talian menerusi laman web GoBiz. Malahan, pemohon yang merupakan pelanggan U Mobile atau GoBiz tidak perlu memberikan cagaran atau jumlah tahanan wang. Setelah menyerahkan semua dokumen yang berkenaan, pemohon akan mendapat notifikasi pantas dalam dua hari bekerja sahaja mengenai status permohonan mereka.

Selain itu, pelanggan GoBiz juga dapat menikmati satu keistemewaan, iaitu mereka tidak perlu mengemukakan dokumen tambahan bagi membuktikan pendapatan sekiranya mereka mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan transaksi bulanan aktif dengan GoBiz.

Perniagaan yang berkelayakan boleh menyerahkan permohonan menerusi platform GoBiz untuk menikmati manfaat-manfaat berikut daripada Funding Societies:

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM100,000 untuk Pembiayaan Mikro dan sehingga RM1 juta untuk Pembiayaan Jangka Masa Perniagaan
  • Pembayaran balik yang pantas dengan kelulusan secepat 2 hari bekerja
  • Tempoh pinjaman fleksibel antara 3 hingga 18 bulan
  • Keperluan dokumentasi yang minimum
  • Syarat jumlah tahanan (wang) dikecualikan
  • Kadar faedah yang kompetitif
  • Tiada syarat cagaran

Untuk permohonan atau maklumat lanjut, sila layari http://gobiz.com.my/p2p