Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) Pilih Comarch sebagai Penyedia Teknologi Pengurusan Kesetiaannya

107

KRAKOW, Poland, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ — Saudia, syarikat penerbangan rasmi nasional bagi Kerajaan Arab Saudi dan anggota perikatan SkyTeam, telah menandatangani kontrak selama 10 tahun dengan Comarch (WSE: CMR), penyedia produk dan perkhidmatan tentuan-perisian bertaraf global bagi meningkatkan kecekapan perniagaan. Syarikat penerbangan ini akan melaksanakan sistem pengurusan kesetiaan yang direka oleh Comarch, khususnya Edisi For Travel Comarch Loyalty Management (CLM 5).

Kolaborasi ini ialah hasil daripada proses yang bermula pada tahun 2018 apabila Saudia mencari penyedia teknologi baharu, yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam melaksanakan projek kesetiaan yang meluas untuk syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan.

Syarat yang diperlukan oleh Saudia daripada vendor atau rakan niaga adalah adanya tumpuan pada inovasi dan teknologi pada setiap langkah pengalaman pelanggan. Syarikat berkenaan memulakan langkah dengan mereka bentuk semula dan menambah baik Program Kesetiaan Alfursan sedia adanya. Tujuannya adalah untuk menerobos sempadan program pengurusan kesetiaan tradisi dan menggabungkan teknik penglibatan pelanggan yang terkini untuk membina hubungan yang lebih kukuh bersama pelanggannya. Sememangnya inilah yang ditawarkan oleh Comarch.

Sebagai penyedia global bagi perisian pengurusan kesetiaan yang canggih, Comarch ialah sebuah syarikat yang dipacu oleh inovasi. Pernah diiktiraf berkali-kali kerana menyediakan sistem dan perkhidmatan IT berkualiti tertinggi (contohnya, memenangi Best Loyalty Innovation Award semasa Persidangan Loyalty & Awards 2020 tahun ini), kami telah membuktikan bahawa kami merupakan rakan kongsi yang tepat untuk Saudia.

CLM for Travel ialah versi yang dilanjutkan daripada reka bentuk CLM klasik, yang melibatkan pelbagai ciri yang direka khas untuk golongan profesional industri pelancongan seperti Saudia. Justeru itu, ia akan membantu syarikat berkenaan meningkatkan penglibatan pelanggannya, memperoleh kelebihan daya saing dan mengurangkan kos operasi.

Di samping itu, CLM sedang menjalani pembangunan berterusan, yang bererti ia sentiasa dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu seperti Perkhidmatan dan Gamifikasi mengikut Lokasi, yang seterusnya dapat memainkan peranan penting untuk memastikan fungsi-fungsinya sentiasa diperbaharui dan menarik untuk Saudia mahupun pelanggannya.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/saudi-arabian-airlines-saudia-pilih-comarch-sebagai-penyedia-teknologi-pengurusan-kesetiaannya.jpg

Source: Comarch S.A.

Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Travel Contracts

Source: PRNEWSWIRE