Nikmati Diskaun Sehingga 83% Di Acer Day 2020 Bermula 2 Ogos Ini!!

Buat julung kalinya sambutan Acer Day 2020 dilakukan secara atas talian. Tapi itu tidak menghalang daripada memberikan tawaran yang menarik kepada pengguna. Bermula dari 2 hingga 4 Ogos, Acara ini menyaksikan 83% promosi hebat dan RM200 baucar Shopee menanti anda.

Acara yang bakal berlangsung menerusi Facebook Alep pada jam 3 petang, 2 Ogos ini bakal menyajikan kepada anda persembahan daripada linora, Pong Pong, dan Cikidot. Hadiah yang bakal dimenangi adalah bernilai lebih daripada RM22000 termasuklah Predator Helios 300 (PH315-52-59CY) dan Predator Triton 700 (PT715-51-74MY).

Berikut adalah acara Acer Day 2020:

  • Battle of the Series: Bermula 22 Julai, pemain boleh ke Facebook Acer dan mengundi pakej promosi yang diingini dan akan tersedia pada Acer Shopee Store pada 3 Ogos.
  • 5 Days Check-in Game: Peserta perlu mengambil bahagian pada setiap hari di sini bermula dari 29 Julai untuk menebus produk Acer Day. Anda boleh menyertai tanpa perlu membeli sebarang produk.
  • #FeeltheVibeWithAcer challenge: Anda hanya perlu memuat naik video menari dengan lagu ‘Feel The Vibe’ di Facebook dan Instagram. Anda perlu tag @AcerMalaysia bagi Facebook dan di Isntagram pula, tag @my_acer. Anda berpeluang memenangi ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1000. Anda boleh mencari lagu ini di TikTok bermula 2 Ogos.
  • Massive Deal: Pada 2 Ogos jam 1200 pagi, beberapa produk akan mendapat diskaun sehingga 83% di Shopee termasuklah Predator Gaming Chair (Harga asal 1999 dan dijual pada harga RM340), Predator Aethon 300 gaming keyboard (Harga asal RM399 dan dijual pada harga RM68) dan EB192Q B monitor pada harga RM44.03. Kuantiti adalah terhad.
  • Tawaran hari jadi Pada Ogos: Pemain yang lahir pada hari kemerdekaan membeli produk melebihi RM18000 akan mendapat bonus Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50.

Versi baharu Predator Helios 300 akan dijual secara rasmi pada 2 Ogos. Harga jualan adalah RM4599 (i5-H) dan RM5199 (i7-H). Diskaun sebanyak RM100 akan diberikan berserta hadiah percuma bernulai sehingga RM626.

Bagi veriso baharu Predator Helios 700, ia akan dijual pada harga RM12999 (i7-H, RTX2070) and RM17999 (i9-H, RTX2080). Pengguna yang melakukan pra-tempahan bakal mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM2767 termasuklah Predator RGB Mousepad / Redmi TV Soundbar dan Predator gaming chair serta Predator gaming backpack.

You might also like