
Gundam Battle: Gunpla Warfare Kini Boleh Dimuat Turun Menerusi Platform Google Playstore Dan App Store
Sebelum ini telah diumumkan bahawa Gundam Battle: Gunpla Warfare akan dihadirkan sebagai permainan mudah alih. Kini masanya telah tiba apabila ia kini telah dilancarkan lebih awal dan boleh didapati di Apps Store dan Google Playstore.
Jika dilihat, permainan ini tampil dengan kawalan dengan skrin sesentuh. Menariknya pemain boleh berlawan menggunakan pelbagai Mobile Suit dari 25 siri Gundam.
Permainan ini tampil dengan jalan cerita tersendiri yang memfokuskan kepada kelab Gunpla di sekolah menengah.
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah memuat turun permainan ini secara percuma di App Store dan Google PlayStore.

