LG Electronics Menjadi Pengeluar TV Global Pertama Menyokong Apple HomeKit Dan AirPlay 2

LG Electronics (LG) telah mengumumkan bahawa Apple AirPlay 2 dan HomeKit telah tersedia bermula dari 25 Julai lalu bagi rangkaian AI TV. Ia sekaligus menjadikan LG sebagai pengeluar TV global pertama yang menyokong HomeKit dan AirPlay 2. Ciri Apple ini akan tersedia menerusi kemaskini firmware bagi LG OLED TV 2019, NanoCell TV dan UHD TV berserta keupayaan hinQ AI.

Menerusi AirPlay 2, LG 2019 AI TV mampu melayari kandungan tanpa sebarang gangguan termasuklah Dolby Vision titles daripada iPhone, iPad dan Mac terus kepada TV set anda. Anda juga boleh memainkan Apple Podcasts, Apple Music dan muzik dari library atau streaming services yang lain menerusi LG AI TV.

HomeKit membenarkan pengguna untuk mengawal kediaman pintar dengan Home apps atau menerusi Siri pada peranti Apple.

Apple AirPlay 2 dan HomeKit akan mula dihadirkan kepada pemilik LG OLED dan NanoCell TV di lebih daripada 140 buah negara mulai minggu ini, dengan kemas kini berterusan selama beberapa minggu.

___________________

Artikel Berkaitan: 

You might also like