Celcom Perkenalkan GBshare, Perkongsian Data Pada Bila-Bila Masa

Jenama telekomunikasi terkenal Celcom dengan rangkaian 4G yang lancar mengambil kesempatan dengan memperkenalkan pelan terbaru mereka yang diberi nama Gbshare, bertempat di Talent Lounge, PJ Trade Centre Damansara hari ini.

Duta produk tersebut dijangka akan dihadiri oleh selebriti tempatan tetapi tanggapan kami salah kerana seekor kucing baka import yang agak unik menjadi duta rasmi pelan pascabayar tersebut.

Ciri terbaru yang terdapat di Celcom GBshare menawarkan perkongsian data daripada pelan induk Celcom First. Jika anda seorang pelanggan sedia ada Celcom First Gold Plus RM98 (40GB), anda boleh mendaftarkan minimun dua nombor baharu untuk berkongsi data Internet sehingga 44GB dengan 2GB data percuma setiap satu.

Untuk pelanggan Celcom First Platinum RM150 (60GB), mereka boleh mendaftarkan sehingga 5 downline secara maksimum. Ini bermakna jumlah Internet diperolehi mencecah 70GB setiap bulan yang boleh dikongsi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Setiap talian GBshare akan dikenakan komitmen bulanan sebanyak RM48 setiap satu termasuk data Internet percuma sebanyak 2GB. Selain itu, pelan ini lengkap dengan panggilan percuma ke semua rangkaian serta WhatsApp dan Wechat tanpa had. Kelebihan GBshare memudahkan perkongsian data pada bila-bila masa di mana-mana hari.

Pada masa yang sama, aplikasi MyCelcom Postpaid yang boleh dimuat turun di peranti Android dan iOS anda memberikan akses kepada anda sebagai pentadbir untuk menetapkan berapa jumlah data Internet yang ingin dikongsi tanpa sebarang sekatan. Pelan GBshare ini juga terbuka kepada pelanggan baru Celcom dan anda boleh kunjungi mana-mana Blue Cube atau Celcom Xclusive Partners yang berdekatan.

You might also like