Rebat RM200 Untuk Samsung Galaxy J5 Prime & J7 Prime!

Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama besar ini kerana anda sudah familiar mendengarnya, tanpa melengahkan lagi promosi Samsung kembali lagi. Kali ini untuk peranti pertengahan dengan potongan sebanyak RM200 dengan setiap pembelian Samsung Galaxy J5 Prime dan Galaxy J7 Prime!

Tapi ada syaratnya! Anda perlu membawa telefon pintar lama untuk mendapatkan rebat ini, peranti anda cuma perlu berfungsi baik dan bukan dalam keadaan sempurna. Smartphone di segmen pertengahan ini tidak kurang baiknya kerana menyediakan kamera depan 8MP wide lens untuk anda berswafoto secara berseorangan mahupun beramai-ramai. Dengan reka bentuk luaran unibodi yang premium menonjolkan lagi imej si pemakainya.

Pembelian boleh dibuat di Samsung Experience Store terdekat dengan pilihan warna hitam dan putih/emas (white gold), malah pada J7 Prime terdapat warna merah jambu emas (pink gold) sebagai pilihan tambahan lagi.

Promosi ini sah bermula hari ini hingga 21hb Mei 2017, rebut sebelum PROMOSI HABIS!

Spesifikasi Samsung Galaxy J5 prime Samsung Galaxy J7 Prime
Sistem Operasi Android 6.0.1 Marshmallow Android 6.0.1 Marshmallow
CPU Samsung Exynos 7570
Quad-core 1.4GHz
Samsung Exynos 7870
Octa-core 1.6GHz
Paparan 5.0 inci 1280 x 720 5.5 inci 1920 x 1080
Kad SIM
Dual SIM / Nano SIM Dual SIM / Nano SIM
Kamera Utama 13MP F/1.9 13MP F/1.9
Kamera Depan 5MP F/2.2 8MP F/1.9 wide lens
Flash LED Flash Dual-LED Flash
Auto Focus
Radio FM
Bluetooth v4.2 v4.2
WiFi 802.11 b/g/n 802.11 b/g/n
NFC X X
LTE
Memori 16GB ROM, 2GB RAM 32GB ROM, 3GB RAM
Kad microSD Sehingga 256GB Sehingga 256GB
Bateri 2400mAh 3300mAh
Harga (Sebelum rebat) RM 899 RM 1,199

 

You might also like