
HARGA: RM 1,199
Samsung baru-baru ini telah menambahkan sebuah lagi model terbaru mereka, yang dikenali sebagai Galaxy J7 Prime untuk pasaran Malaysia. Memfokuskan kepada pengguna yang gemar mengambil gambar wefie, smartphone ini menyokong lensa kamera depan 8 Megapiksel bersama mod Wide Selfie serta kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan apertur F1.9.
SPESIFIKASI
- Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
- CPU: Samsung Exynos 7 Octa 7870, Octa Core 1.6GHz
- Kad SIM: Dual SIM / NanoSIM
- Kad microSD: Sehingga 256GB
- Kamera Utama: 13 Megapiksel
- Flash: Dual LED flash
- Auto Fokus: √
- Kamera Depan: 8 Megapiksel
- Radio FM: √
- Bluetooth: v4.1
- WiFi: 802.11 b/g/n
- NFC: X
- LTE: √
- Memori: 32GB ROM, 3GB RAM
- Bateri: 3300mAh
FIZIKAL
Rekaan Premium
Samsung Galaxy J7 Prime menampilkan rekaan anggun dan moden yang kelihatan premium walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan. Samsung yang sememangnya terkenal dengan rekaan unibodi ini menawarkan tiga warna menggoda kepada anda. Di antara pilihan warna yang disediakan adalah hitam, putih serta emas.
Lebih Nipis
Tidak dinafikan, walaupun menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci tetapi ia masih merupakan smartphone yang nipis dengan ketebalan hanya 8mm dengan berat 167g. Malah pengguna juga akan berasa selesa apabila memegang peranti ini walaupun dengan sebelah tangan sahaja.
Slot Kad
Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu SIM, peranti ini amat sesuai buat anda. Selain boleh menggunakan dua slot kad SIM pada Galaxy J7 Prime yang menyokong slot jenis Nano, ia turut menyediakan kad memori tambahan microSD sehingga 256GB. Memandangkan peranti ini hadir dengan rekaan unibodi, slot kad SIM dan microSD terletak di bahagian sisi kiri smartphone.
Speaker
Berlainan sekali dengan smartphone keluaran Samsung sebelum ini, di mana speakernya berada di bahagian atas, bawah ataupun panel belakang. Bagi Galaxy J7 Prime pula, speakernya terletak di bahagian sisi kiri peranti. Ia secara tidak langsung membolehkan pengguna bermain games tanpa masalah.
Pengimbas Cap Jari
Pengimbas cap jari yang menjadi trend pada masa kini turut diperlihatkan pada model Galaxy J7 Prime, ia direka seperti iPhone yang terletak pada butang Home. Sebelum menggunakan fungsi ini, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.
Bateri 3300mAh
Samsung Galaxy J7 Prime hadir dengan kapasiti bateri yang tidak mengecewakan iaitu sebesar 3300mAh yang menyokong kerangka unibodi. Istimewanya, ia telah dilengkapi dengan mod Ultra Power Saving yang akan mematikan aplikasi yang tidak digunakan sekali gus dapat menjimatkan bateri peranti.
PILIHAN MODEL ALTERNATIF

Sekiranya anda sedang mencari sebuah smartphone kelas pertengahan khas untuk penggambaran selfie dan wefie, jangan ragu-ragu untuk meletakkan model Galaxy J7 Prime dalam pilihan anda. Menawarkan harga yang berpatutan serta mempertaruhkan penggambaran khas untuk penggambaran selfie mahupun wefie, kami akan membandingkannya dengan dua lagi pesaing yang dijual pada harga yang setanding iaitu OPPO F1s dan juga ZTE Nubia Z9 mini. Berdasarkan kepada perbandingan spesifikasi ini, adakah Galaxy J7 Prime mampu memenangi hati anda berbanding pesaingnya?!
APLIKASI MENARIK
Penggambaran Utama & Depan


Kelebihan yang dimiliki oleh Galaxy J7 Prime pastinya lensa penggambarannya beresolusi 13 Megapiksel dengan sokongan auto fokus dan dual LED flash. Sensor kamera ini turut menawarkan Aperture f/1.9 bagi memastikan hasil gambar yang lebih terang dan dalam masa yang sama mengurangkan isu noise. Manakala bagi yang gemar berwefie pula, smartphone ini telah dibekalkan lensa hadapan beresolusi 8 Megapiksel bersama sokongan mod Selfie, Wide Selfie serta Sound & shot untuk yang gemar berselfie berkumpulan.
Pilihan Mod
Kamera Utama
• Auto • Pro • Panorama • Continuous Shot • HDR (Rich tone)
• Night • Beauty Face • Sport • Sound & Shot
Kamera Depan
• Selfie • Wide Selfie • Sound & shot
Pengimbas Cap Jari
Bagi mereka yang mementingkan aspek keselamatan smartphone Android daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Galaxy J Prime adalah salah satu pilihan yang terbaik buat anda. Ini kerana, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Lebih menarik lagi, anda boleh mengakses jari kaedah 360 darjah selama sesaat sahaja.
Permainan HD
Dibekalkan dengan pemproses Samsung Exynos 7 Octa 7870, berkelajuan Octa Core 1.6GHz, Galaxy J7 Prime sangat sesuai untuk anda yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone. Apa yang istimewanya, kedudukan speaker yang terletak di sisi sebelah kanan peranti tidak mengganggu anda semasa memain permainan HD. Kami telah cuba bermain permainan Asphalt 8: Airborne dan Modern Combat 5, ternyata ia memaparkan grafik yang sangat lancar dan tidak mengalami masalah lagging.
UJIAN BENCHMARK
Memandangkan Samsung Galaxy J7 Prime ini dikuasakan oleh Samsung Exynos 7 Octa 7870 yang dilancarkan bersama pemproses Octa Core 1.6GHz serta GPU ARM Mali-T830, tidak menjadi masalah untuk kami menjalankan ujian benchmark ke atas peranti ini. Digandingkan dengan Sony Xperia XA yang menyokong pemproses MediaTek Helio P10 berkelajuan Octa Core 2.0GHz, mari kita lihat keputusannya!
HASIL GAMBAR



KOMEN EDITOR
Samsung Galaxy J7 Prime adalah sebuah smartphone yang memfokuskan kepada fungsi utamanya iaitu penggambaran wefie. Walaupun tampil sebagai smartphone untuk penggambaran wefie, jangan memandang rendah mengenai spesifikasi peranti berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD penuh ini. Menampilkan kerangka logam yang premium dan nipis dengan ketebalan hanya 8mm, ia menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya.
Selain menawarkan fungsi pengimbas cap jari yang sangat responsif yang turut menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Smart Manager, S Health, mod Ultra Power Saving yang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Jika ada kelebihan pasti ada kontranya bukan, apa yang mengecewakan peranti ini adalah ketiadaan sambungan NFC, sokongan pengecasan pantas dan juga penggambaran menggunakan Night Mode juga dilihat kurang berkualiti jika dipindahkan ke komputer.