Viu : Servis Streaming Rancangan Korea Bakal Hadir Ke Malaysia!!!

Netflix baru sahaja mengumumkan Malaysia menjadi salah satu negara yang menerima kandungan digital mereka, dan kini terdapat lagi satu berita baik bagi penggemar rancangan TV, terutamnya dari Korea. Tidak lama lagi anda bakal menikmati servis streaming rancangan Korea yang dibawakan oleh Viu. Servis yang berasal dari Hong Kong ini mensasarkan kawasan Asia Tenggara sebagai sasaran untuk meluaskan pasaran mereka.

viu.com_Sebaik sahaja ianya dilancarkan nanti, anda boleh menikmati rancangan kegemaran selepas 8 jam ia ditayangkan di Korea. Viu menawarkan servis freemium di mana anda boleh menikmati rancangan tanpa membayar sebarang yuran, namun syarikat itu juga bakal menawarkan servis berbayar yang membolehkan anda memuat turun rancangan untuk tontonan secara offline.

Rancangan Korea yang ditayangkan mempunyai dua sari bahasa iaitu English dan Mandarin, dan terdapat desas desus bahawa sari kata bahasa lain akan ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa kini, Viu boleh diakses pengguna di Singapura dan negara-negara lain seperti Malaysia bakal menerimanya tidak lama lagi.

You might also like