
Instagram Kini Mempunyai Sokongan Terjemahan Bahasa
Instagram kini mempunyai 500 Juta pengguna dan 80% daripada mereka adalah berada di luar Amerika Syarikat. Oleh itu, penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Inggeris adalah lazim.
Kepada yang tidak mempunyai kepakaran berbahasa Russia contohnya, profil serta kapyen pengguna dari negara ini pastinya membingungkan pengguna bukan? Instagram hari ini telah mengesahkan sokongan terjemahan bahasa akan diaktifkan tidak lama lagi. Sistem terjemahan bahasa ini pastinya akan menggunakan sistem yang sama seperti yang dilihat di Facebook.
Dengan wujudnya sistem ini, pengguna dari serata dunia kini bebas untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan dalam masa yang sama dapat berinteraksi dengan lebih baik.
Muat Turun: