OPPO Muncul Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan Pertama Dunia

Setapak maju kehadapan! OPPO akhirnya memperkenalkan teknologi kamera di bawah skrin pertama di dunia atau juga dikenali sebagai Under-Screen Camera (USC) pada acara MWC Shanghai 2019. Melalui teknologi ini, kamera hadapan diletakkan pada bawah skrin sekaligus memberikan pengalaman skrin penuh tanpa sebarang takuk mahupun mekanisme bergerak.

Menurut OPPO, rekaan ini dibina dengan bahan binaan khas yang unik yang membenarkan cahaya memasuki kamera. Kamera juga istimewa – ia dilengkapi aperture, sensor, saiz piksel yang lebih besar bagi memerangi sebarang pembiasan cahaya. Oppo juga berkata, terdapat algoritma pemprosesan canggih untuk meningkatkan prestasi kamera tanpa menjejaskan prestasi paparan.

Pun begitu, masih tiada kemas kini mengenai ketersediaan teknologi ini, namun kami difahamkan ia akan dikeluarkan dalam “dalam masa terdekat”. Jadi, sama-sama kita tunggu! Kekal bersama eRing untuk info lanjut!

You might also like