Grab Alu-Alukan Pendekatan ‘Soft Landing’ – Beri Masa Untuk Pemandu e-Hailing Dapatkan Lesen PSV

Grab Malaysia amat mengalu-alukan keputusan yang dilakukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkaitan pendekatan ‘soft landing’ selama 3 bulan dalam menguatkuasakan undang-undang e-hailing baru.

Grab dalam satu kenyataan menyatakan keputusan yang diambil adalah adil sekaligus beranggapan dapat memberikan masa kepada pemandu e-hailing untuk memiliki lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV). Grab juga menghargai apa yang dilakukan Anthony.

Tambah Grab, tumpuan mereka ketika ini adalah cuba membantu menyelesaikan beberapa isu termasuk isu kapasiti di cawangan pihak berkuasa yang tidak mampu memproses jumlah permohonan yang banyak.

Katanya lagi, pihak grab juga akan berusaha lebih kuat dalam menyelaraskan permohonan PSV dengan mengumpul dan menyerahkan semua maklumat pemandu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

You might also like