Sahut Cabaran #ilovesinging Dan Berpeluang Memenangi Sesi Rakaman Bersama Faithful Music

Anda ingin merakam nyanyian di studio rakaman secara percuma? Ini berita baik buat anda kerana Warner Music Malaysia berkolaborasi dengan TikTok bagi melancarkan cabaran #ilovesinging. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat nyanyian terpendam dari pengguna TikTok dengan memberi fokus kepada suara asal atau versi cover asal.

Bermula dari 10 hingga 18 Ogos, pengguna TikTok boleh menyertai cabaran #ilovesinging dengan memuat naik video nyanyian lagu kegemaran dari artis kegemaran anda dengan rendisi tersendiri. Anda boleh memilih sama ada menggunakan instrument, acapella, raps dan banyak lagi asalkan anda menggunakan suara asli anda.

Seorang pemenang yang bertuah akan berpeluang mengalami pengalaman sebagai seorang artis selama sehari, “A Day as a Singer” apabila anda bakal merakam lagu di studio rakaman yang ditaja khas oleh Faithful Music.

Beberapa artis telah memuat naik video cabaran #ilovesinging seperti Faizal Tahir, Layla Sania, Amir Masdi, Sissy Iman dan Masya Masyitah bagi memberi insiprasi kepada anda.

Pada ketika ini, TikTok tersedia di lebih dari 150 pasaran dalam 75 bahasa.

_______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like