TikTok Dikhabarkan Bakal Bangunkan Telefon Pintar Sendiri, Beri Fokus Pada Remaja

Pasti ramai yang mengenali aplikasi TikTok yang dibangunkan oleh ByteDance. Terbaharu, menurut satu laporan daripada Financial Times, syarikat berkenaan dikhabarkan sedang membangunkan telefon pintar mereka sendiri.

Namun masih belum diketahui perincian mengenai peranti terbabit, namun ia dikhabarkan bakal disertakan dengan beberapa aplikasi terbina yang memberi fokus kepada golongan remaja.

Sebelum ini terdapat juga aplikasi lain yang cuba membangunkan telefon pintar sendiri seperti Facebook namun gagal. Bagaimana nasib peranti pintar dari ByteDance ini. Jadi sama-sama kita nantikan!!!

You might also like