Iron Man Turun Padang Melancarkan Dua Peranti Mampu Milik Dari SNS Network

2231
- Iklan -

Pasaran peranti mampu milik adalah sangat relevan, terutamanya di dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini. Pengeluaran peranti terbaru dari pihak pengeluar pula sangat-sangat dialukan, dan bagi mereka yang mencari peranti 2 dalam 1 (tablet + notebook) SNS Network menawarkan JOI 11 untuk anda.

Tablet ini mampu menyediakan sebuah platform untuk anda melakukan pelbagai tugasan, sekaligus meningkatkan produktiviti dengan pelbagai pilihan mod dan juga perisian dari Microsoft. Di samping itu, JOI 11 juga mempunyai reka bentuk yang baik dengan binaan logam dan paparan Full HD 1920 x 1280 piksel. Bagi memudahkan anda membawa tablet ini ke mana-mana, SNS Network membina JOI 11 dengan berat 700g dan senipis 8.8mm.

JOI 11 dikuasakan oleh pemproses Quad-core Intel Atom x5 & 4GB DDR3 RAM bagi menawarkan prestasi yang stabil dan cekap, tidak kira ketika anda melakukan kerja atau pun bermain permainan. JOI 11 juga menawarkan stor dalaman berkapasiti 32GB yang boleh ditambah sebanyak 128GB lagi melalui kad microSD.

Selain itu, JOI 11 hadir dengan teknologi terkini seperti USB Type-C, papan kekunci boleh tanggal dan juga Active Pen. Kesemua ciri ini dilengkapkan pada JOI 11 supaya anda dapat menikmati sebuah peranti yang mempunyai kelengkapan dan teknologi yang baik pada harga yang berpatutan.

JOI 11 dijual pada harga RM 899 di stor jualan GLOO, SNS Network, wakil penjual, 11Street dan juga stor elektronik Aeon dan Aeon Big Malls.

 

Notebook Tema Avengers

Selain dari JOI 11, satu lagi peranti yang mempunyai sasaran pengguna tersendiri turut diperkenalkan di dalam majlis pelancaran yang sama. Kami merasakan ia merupakan notebook yang amat menarik untuk dijadikan koleksi oleh para peminat Avengers dan pasti kanak-kanak akan lebih gembira apabila menggunakan notebook ini.

Terdapat dua variasi notebook yang ditawarkan pada edisi Avengers ini. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10 dan juga mempunyai tema Avengers pada rekaan fizikal, antaramuka dan juga ikon.

AVR10T – 10.1 inci  Ι  RM 1,249.00

Hadir dengan rekaan diinspirasikan skema warna Iron Man dan dilengkapi Arc Reactor yang menyala. AVR10T menawarkan spesifikasi:

  • Paparan 10.1 inci 1280 x 800 piksel IPS
  • Quad-core Intel Atom X5-Z8300
  • 4GB DDR3 RAM
  • 64GB stor dalaman (menyokong microSD sehingga 64GB)
  • Windows 10 Home
  • Kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP
  • Wi-Fi, Bluetooth 4.0
  • USB Type-C, Micro USB, Micro HDMI

 

AVR116T – 11.6 inci  Ι  RM 1,449.00

Tidak banyak perbezaan di antara kedua-dua model peranti Avengers ini. AVR116T menawarkan paparan yang lebih besar dan mempunyai logo Avengers yang menyala pada bahagian hadapan. AVR116T ditawarkan dengan spesifikasi:

  • Paparan 11.6 inci 1366 x 768 piksel HD
  • Quad Core Intel Atom X5-Z8300
  • 4GB DDR3 RAM
  • 32GB stor dalaman (menyokong microSD sehingga 64GB)
  • Windows 10 Home
  • Kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP
  • Wi-Fi, Bluetooth 4.0
  • USB Type-C, Micro USB, Micro HDM