Gambar Bocor Samsung Galaxy S8 Terbaru! Cun Ke Tak?

Laman BGR mendakwa mereka telah mendapatkan gambar peranti sebenar Samsung Galaxy S8, yang merupakan salah satu variasi yang akan dilancarkan bersama-sama Galaxy S8+.  Dari segi spesifikasi, tidak banyak yang boleh diperkatakan dari gambar semata-mata. Namun terdapat satu ciri yang menarik perhatian kami.

Langkah menuju ke paparan bezel less sudah lama di gembar gemburkan dan kami juga yakin ia akan hadir ke model Galaxy S8. Namun ciri bucu paparan yang sedikit berubah adalah sesuatu yang baru, ciri ini baru sahaja kita lihat pada paparan LG G6 yang diperkenalkan di MWC, dan nampaknya ia juga bakal hadir ke Galaxy S8.

Sebelum Samsung mengumumkan siri Galaxy S8, mari cuci mata dengan gambar-gambar bocor dari BGR dahulu.

You might also like